09 Mei 2011
01 Mac 2011
Aerobik Setiap Sabtu
Aktiviti aerobik diadakan setiap hari Sabtu (kecuali minggu pertama) di padang MPK. Semua pelatih berkumpul pada pukul 7.30 pagi untuk bersenam & beriadah. Sesi ini tamat pada pukul 8.30 pagi.
Aktiviti ini diadakan untuk memberi peluang kepada semua pelatih bersukan & bersenam untuk kecergasan badan & kecerdasan minda di samping dapat mengeratkan hubungan sesama pelatih
dari Asrama A, Asrama B dan Asrama Lelaki.
16 Februari 2011
Program Anak Angkat Pertandingan Mewarna Bersama Kanak-kanak Tadika Perpaduan Daerah Kuantan telah diadakan pada 12 Februari 2011 (Sabtu) pada pukul 9.00 pg hingga 1.00 tgh bertempat di Kuantan Centre Point. Jawatankuasa Siswa-Siswi Pulakep telah menjemput kanak-kanak dari Tadika Perpaduan Cenderawasih Timur, Tadika Perpaduan Cenderawasih Timur 2 dan Tadika Perpaduan Cenderawasih Barat.
Ucapan Pengerusi Program
Kanak-kanak sedang asyik mewarna dengan dibantu oleh siswa-siswi PLKP Wawasan.
Program Anak Angkat Pertandingan Mewarna bersama Kanak-kanak Tadika Perpaduan Daerah Kuantan anjuran PLKP Wawasan, Kuantan telah berjalan dengan lancar pada hari Sabtu, 12 Februari 2011 di Kuantan Centre Point, Kuantan.
Kanak-kanak Tadika Perpaduan menunjukkan bakat dalam lukisan & pertunjukkan fesyen. Kanak-kanak terdiri daripada pelbagai kaum. Aksi kana-kanak cilik mendapat tepukan gemuruh & mencuit hati para tetamu & hadirin. Program dianjurkan jawatankuasa siswa-siswi PLKP Wawasan sendiri.
Kanak-kanak Tadika Perpaduan menunjukkan bakat dalam lukisan & pertunjukkan fesyen. Kanak-kanak terdiri daripada pelbagai kaum. Aksi kana-kanak cilik mendapat tepukan gemuruh & mencuit hati para tetamu & hadirin. Program dianjurkan jawatankuasa siswa-siswi PLKP Wawasan sendiri.
Gambar kenangan siswa-siswi PULAKEP dengan Pengarah & Tutor-tutor PULAKEP.
Acara senam aerobik
Kanak-kanak menunjukkan bakat dalam pertunjukkan fesyen.
Majlis Penyampaian Hadiah oleh Pengarah PLKP sendiri, Encik Kannan Nagapan & Timbalan Pengarah Perpaduan Pahang, Puan Rosmawati Abd Latif.
Langgan:
Catatan (Atom)